Sejarah سجاره Raja_berperlembagaan

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, baginda dihukum pancung dan Cromwell dilantik menjadi presiden di mana England menjadi sebuah republik buat seketika waktu. Pemerintahan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard mengambil alih kuasa[2] namun hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat semula ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.[3].